Sepanjang minggu ini budak2 prasekolah cemerlang sangat seronok melakukan aktiviti dengan pasir....budak2 kan suka main pasir...kalau kat rumah mesti dah kena marah dengan mak ...Jom layan aktiviti yang sempat dirakam oleh Cikgu Ani.....
1)RAMA - RAMA PASIR
Aktiviti pertama adalah mewarnakan rama-rama dengan pasir warna..Budak2 diberi kebebasan memilih sendiri warna yang disukai mereka...Budak2 begitu bersemangat mewarna rama-rama mereka...Bila siap ja mesti nak bawa balik...
|
ketua kumpulan sedang mengambil pasir.. |
|
Akmal tekun mewarnakan rama-ramanya... |
|
rama-rama yang siap sedang dijemur... |
|
Inilah hasilnya...boleh tahan hasil kerja Hafiz..... |
2)HAIWAN YANG TINGGAL DI PASIR
Aktiviti kedua diambil dari blog Cikgu Eela SKJ11......Mula - mula kanak2 ditayangkan dengan persembahan powerpoint tentang haiwan yang tinggal dipasir..kemudian barulah aktiviti ini dijalankan.Kanak2 akan mewarna dahulu gambar haiwan ini dengan pensel warna @ krayon....pastu barulah ditaburkan pasir.Jom tengok betapa tekunnya mereka membuat aktiviti ini...
|
Kumpulan 5 sibuk menabur pasir pada ketam mereka.... |
|
Kumpulan 4 dengan gambar unta.... |
|
hasil yang telah siap dijemur dulu supaya gamnya kering... |
|
Inilah antara hasilnya haiwan yang tinggal dipasir |
3)PASIR HIASAN
Aktiviti ketiga adalah membuat pasir hiasan dalam bekas plastik..he3..sepatutnya dalam botol..Ingatkan nak suruh la budak2 ni bawa botol masing2 supaya ada pelbagai bentuk botolnya nanti.Tapi sebab dah jangka mesti ada yang terlupa bawa nanti dan taklah Cikgu Ani tensen ,so cikgu beli bekas plastik ni untuk semua..senangkan.....Budak2 teruja nak buat pasir hiasan ni ..cikgu pun biarkan sahaja mereka hasilkan ikut kreativiti masing2..Bila dah siap sibuk nak bawa balik
tai tapi Cikgu Ani akan bagi bawa balik pada hari Jumaat ni....nak pamer dulu kat pusat kreativiti...Jom layan aktiviti ni pula...
|
Budak2 lelaki sedang mengambil pasir .. |
|
Ini plak budak2 perempuan... |
|
sabar menunggu giliran nak ambil pasir...... |
|
Bangga dengan hasil kreativiti masing2... |
|
tarra......inilah hasilnya pasir hiasan .. |
No comments:
Post a Comment