SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Wednesday, September 15, 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010

       Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 telah diadakan pada 15hb September 2010(Rabu).Kanak - kanak prasekolah telah diminta memakai pakaian tradisional raya masing -masing.Mereka juga telah membawa kuih raya masing -masing.Selain kuih raya,antara juadah lain yang disediakan adalah ketupat dan rendang ayam , sate dan bihun goreng.Antara acara pada hari tersebut adalah nyanyian lagu raya , mewarna gambar berkaitan hari raya ,membuat kad kad , jamuan dan yang paling ditunggu - tunggu pemberian duit raya oleh cikgu Ani dan Cikgu Azizah....Yeeaaaaa....dapat duit raya lagi....




<>             <><><><><><><><><><><>
<><><><><><><><><><><><>
Dekorasi untuk memeriahkan suasana sambutan hari raya....  

  Wajah-wajah ceria..........
Aiman terlupa nak pakai baju raya...
 
Begitu khusyuk Huda Iman  mewarna gambar suasana di hari raya.....

Sedang menjamu selera.....sedapppnya sate ni.........
 
Antara juadah yang disediakan...........



Saat yang dinanti-nantikan..yeaaa..dapat duit raya.
Terima kasih Cikgu....




 

Saturday, September 11, 2010

RAYA ! RAYA ! RAYA !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN......
Ramadan sudah berakhir....kini aidilfitri menjelang tiba..insyaallah Prasekolah SKTG akan mengadakan jamuan hari raya aidilfitri pada hari rabu (15.09.2010).

Sunday, September 5, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2010

Sambutan hari kemerdekaan telah dijalankan pada 01hb September 2010 di Dataran SKTG. Sambutan ini diadakan bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53. Antara acara yang telah dijalankan adalah nyanyian lagu -lagu patriotik , laungan MERDEKA , pertandingan mewarna dan membuat tanjak merdeka.

SAMBUTAN HARI LAHIR FASA 1 2010

Sambutan hari lahir fasa 1 2010 telah diadakan pada 23hb Julai 2010 di Prasekolah SKTG.Sambutan hari lahir ini adalah untuk meraikan kanak - kanak prasekolah SKTG yang lahir pada bulan Januari hingga Julai. Antara acara pada hari tersebut adalah penyampaian hadiah hari lahir , acara potong kek dan jamuan.