SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Monday, May 9, 2011

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN

Hari ini 9hb Mei 2011(Isnin), kanak-kanak Prasekolah SKTG telah menjalani ujian saringan pendengaran dan pertuturan yang dijalankan oleh Pihak Hospital Pulau Pinang. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dari segi pendengaran dan pertuturan. Seramai 5 orang pegawai HBPP telah menjalankan ujian ini...Kanak-kanak akan menjalani ujian daripada stesen2 yang telah ditetapkan iaitu stesen pertuturan .Di stesen ini kanak-kanak akan diberikan gambar dan diminta menyebut gambar tersebut.Stesen seterusnya adalah stesen pendengaran.Kanak-kanak akan diuji dengan alay alat khas distesen ini untuk mengetahui masalah pendengaran mereka..Cikgu Ani pun tak tau macammana alat ini berfungsi...

Dalam ujian yang telah dijalanakan didapati ada 2 orang kanak2 daripada prasekolah Cemerlang yang menghadapi masalah pertuturan....pelat.....si Mimi dan Nor Najmi...Manakala 2 orang kanak2 juga daripada kelas Bestari....Mereka telah diberikan surat untuk ibubapa membawa mereka ke Hospital Bkt Mertajam untuk tindakan susulan....memang teruk masalah pelat mereka nih..cikgu jadi cedu, merah jadi meah..kadang Cikgu Ani pun xfaham apa depa cakap..nak gelak pun ada....5 orang lagi kena pi klinik Tasek Gelugor sebab masalah kulat dalam telinga..eeii..macam-macam...13 orang lagi diberi ubat titik telinga sebab banyak taik telinga..Ooohhh..sebab tu la tak dengaq bila Cikgu Ani dan Cikgu Azizah cakap....Jom layan akelah ajelah gambar yang sempat disnapkan ini.......

Sedang menunggu giliran....
Suasana semasa ujian dijalankan
Mimi yang menghadapi masalah 'pelat'..sukar untuk menyebut huruf 's' dan 'r'
Di stesen pertuturan.....kanak-kanak diminta menyebut gambar yang ditunjukkan...
Si macho Hafiz tenang menunggun gilirannya.....
Distesen pendengaran...
Selamba aje si Huszafika ketika diperiksa pendengarannya...
Yahoo....Kami dah siap.....
Seronoknya dapat hadiah ..besar nya beg nih..apa isinya?????