SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Sunday, November 13, 2011

HARI GRADUASI PRASEKOLAH SKTG 2011

Pada 12hb November 2011,bertempat di kantin SKTG telah diadakan majlis Hari Graduasi Prasekolah SKTG 2011 pada jam 9.00pagi.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pembantu Khas Tan Sri Nor Mohamed Bin Yakcop iaitu Encik Hasbul.Sementara menunggu ketibaan perasmi,para waris telah ditayangkan persembahan video berkaitan aktiviti prasekolah bagi sepanjang tahun 2011.Jom layan jap videonya...

Encik Hasbul menerima cenderahati daripada GB


turut hadir...PK1 dan PK HEM...

menerima sijil daripada PK1


persembahan oleh Prasekolah Cemerlang..jong jong inai

berbaris untuk menerina sijil...

persembahan oleh Prasekolah Bestari..bunyi gitar


Dua orang murid telah dipilih sebagai tokoh kanak2 Prasekolah SKTG.Bagi kelas Prasekolah Cemerlanag,Nurul Aina Norisyah Bt Sabri,manakala bagi kelas Prasekolah Bestari pula ialah Nur Alia Batrisyia.Pemilihan tokoh kanak2 prasekolah bukan sahaja kepada penilaian kurikulum tetapi juga adalah berdasarkan kepada penglibatan aktif dalam kokurikulum,mempunyai sahsiah yang baik,bertanggungjawab,kerajinan dan lain-lain.Mereka menerima piala tokoh kanak-kanak prasekolah dan hamper.Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Saturday, October 29, 2011

HARI SUAIKENAL PRASEKOLAH SKTG 2012

Pada 29hb Oktober(Sabtu) Prasekolah SKTG telah menjalankan program Hari Suaikenal 2012 bertempat di kantin SKTG pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi.Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Guru Besar SKTG,Tn Hj Ahmad Baker Bin Othman,kemudian diikuti oleh Guru Prasekolah Pn Nor A'ini Bt Hashim yang memberi penerangan berkaitan prasekolah.Semua waris 2012 telah hadir pada hari tersebut...

Pada hari tersebut juga para waris telah membuat ukuran dan bayaran untuk uniform dan baju sukan prasekolah.AJK Badan Pemuafakatan Prasekolah SKTG juga telah dilantik..Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar,Tn Hj Ahmad Baker dan para waris yang sudi meluangkan masa hadir pada hari tersebut.Komitmen anda amat dihargai....

Pihak prasekolah berharap para waris bagi tahun 2012 akan dapat memberi kerjasamayang jitu seperti tahun -tahun sebelumnya untuk membantu pihak guru dalam menjayakan pembelajaran anak-anak mereka....


Banner Hari Suaikenal 2012
Buku program Hari Suaikenal 2012.... Tn Hj Ahmad Baker sedang memberi taklimat ringkas kepada para
waris..

Cikgu Ani sedang memberi penerangan berkaitan prasekolah kepada
para waris yang hadir..
Para waris sedang membuat pendaftaran....
Antara waris yang hadir dan begitu khusyuk mendengar penerangan
Para waris sedang mengambil ukuran pakaian anak masing-
masing..ukur betul2 jangan tersalah saiz..susah nanti.....

HARI GRADUADI PERINGKAT PPD SEBERANG PERAI UTARA

Pada 25hb Oktober 2011 Hari Graduasi PPD Utara telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan MPSP,Kepala Batas.Hari Graduasi PPDU ini telah menghimpunkan seramai 1800 orang kanak-kanak prasekolah di Seberang Perai Utara....Ramai kan...Prasekolah SKTG telah menyewa sebuah bas untuk membawa kanak2 ini.Mereka begitu teruja dan seminggu sebelum hari ini tiap2 hari dok tanya bila nak naik bas....maklumlah kebanyakan mereka tidak pernah naik bas.....excited la masing2.Memang meriah suasana pada hari tersebut..Walaupun penat tetapi kanak2 prasekolah sangat gembira kerana ini merupakan pengalaman baru bagi mereka.....Jom layan pic yang sempat disnap....



Excited sungguh nak naik bas........


Cikgu Ani dan Cikgu Linda sampai dulu dan tunggu di dewan
menanti ketibaan murid2 sebab perlu settlekan persiapan dewan....

Sedang menanti giliran ambil sijil.....
Alahai tiba2 jer Nur Nasuha dan Nur Athirah demam...sebab tu
monyok jer muka....
Siap memakai jubah.....masing2 tak sabar nak naik pentas...

Berbaris untuk naik keatas pentas......

Seronok Farhan menerima sijil


Dah nak balik..bye2 cikgu.....

Tuesday, October 4, 2011

JOM BUAT CERMIN MATA

Memandangkan hari ini ramai murid -murid tidak hadir sebab hujan lebat ..hanya 14 orang jer so Cikgu Ani plan nak buat cermin mata....budak skit senang sikit, tak teruk Cikgu Ani nak menggunting...

Mula2 tu ambil templat cermin mata bentuk bujur dan bentuk star..bagi kat budak2 ni warna ikut suka mereka warna apa yang nak...pastu gunting sekeliling cermin mata dan ruang cermin tengah tadi...pastu Cikgu Ani akan laminatekan kertas tadi..gunting lagi...
tarrra.... dah jadipun cermin mata..sukanya budak2 ni bergaya dengan cermin mata masing-masing..Jom layan gambar yang disnapkan....





Monday, September 5, 2011

TEMA HARI RAYA AIDILFITRI

Sepanjang minggu ini mulai 22.8.2011 hingga 26.8.2011,Pra SKTG mengadakan tema Hari Raya Aidilfitri. Banyak aktiviti yang telah dirancangkan oleh Cikgu Ani dan Cikgu Linda.Antaranya membuat pokok kad hari raya.Budak2 diberi sekeping kad hari raya yang dibeli daripada pembekal yang telah datang ke kelas.Knak2 diminta mewarna dan kemudiannya kad tersebut digantung pada sebatang pokok yang dikutip oleh Cikgu Ani.Pokok tersebut juga dihias dengan ketupat yang turut diwarnakan.Asalnya Cikgu Ani rancang nak buat anyaman ketupat dengan kertas warna tapi kertas warna yang telah siap digunting tu telah ditumpahi dengan gam akibat digigit oleh 'cik ti'...malaslah plak nak nak gunting lagi sekali..so Cikgu Ani pun minta budak2 ni warnakan saja la..abis cerita....Aktiviti lain ialah dengan memberi sorang satu abjad kat budak2 dan mint aderang warnakan,gunting dan tampalkan pada pingga kertas...dan digantung diluar kelas...Jom layan gambar yang sempat disnap oleh Cikgu Ani....

Antara aktivitinya adalah :

1)membuat pinggan hiasan bertulis "selamat hari raya aidilfitri"

sedang mewarnakan abjad

siap digantung diluar kelas....

2)Membuat kad dan ketupat hari raya
mewarna kad hari raya


ketupat Nasuha


sibuk menggantung kad dan ketupat pada pokok ...

tarrra..pokok hari raya yang sudah siap....


3)Bermaaf - maafan,duit raya dan hamper raya bermaaf-maafan dengan rakan - rakan.....


"minta maaf cikgu 'kata Amirul kat Cikgu Ani..

hamper raya yang berisi biskut raya,kerepek dan air berkarbonat...

4)Jamuan hari raya pencuci mulut..makan ais krim plak.....

Thursday, August 18, 2011

SELAMAT BERSARA CIKGU AZIZAH.......









Pada 15hb Ogos 2011 satu majlis persaraan ringkas tetapi meriah telah diadakan untuk meraikan persaraan guru Prasekolah Bestari SKTG iaitu Cikgu Azizah Bt Jap. Cikgu Azziah m,ula mengajar prasekolah di SKTG pada tahun 2005 hingga 2011.Banyak pengalaman yang telah dikutip sepanjang menjadi guru prasekolah. Jom layan gambar -gambar yang sempat Cikgu Ani uploadkan .....
Cikgu Azizah menerima kuntuman bunga daripada anak2 ...

Cikgu Zamzuri menyampaikan cenderahati bagi pihak Majlis Kebajikan Guru & Staff SKTG.

Hu..hu..minta ampun dan maaf ya kak zah sekiranya ada kelanjuran
bahasa selama kita bersama...Cikgu Ani la..sapa lagi.
Antara bekas anak murid yang sedih dengan hendak berpisah dengan Cikgu Azizah



Punchcard terakhir......... Lambaian terakhir.......



Tuesday, August 9, 2011

PENDAFTARAN PRASEKOLAH SKTG 2012

Pendaftaran Prasekolah 2012 telah mula dibuka mulai 1hb Ogos 2011 hingga 31hb Ogos 2011.Borang permohonan boleh diperolehi di Kelas Prasekolah Cemerlang SKTG mulai jam 8.00 pagi hingga 4 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.Permohonan adalah dibuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 6 tahun pada tahun 2012 dan sekiranya terdapat kekosongan akan diberi kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun pada 2012.

Monday, May 9, 2011

UJIAN SARINGAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN

Hari ini 9hb Mei 2011(Isnin), kanak-kanak Prasekolah SKTG telah menjalani ujian saringan pendengaran dan pertuturan yang dijalankan oleh Pihak Hospital Pulau Pinang. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dari segi pendengaran dan pertuturan. Seramai 5 orang pegawai HBPP telah menjalankan ujian ini...Kanak-kanak akan menjalani ujian daripada stesen2 yang telah ditetapkan iaitu stesen pertuturan .Di stesen ini kanak-kanak akan diberikan gambar dan diminta menyebut gambar tersebut.Stesen seterusnya adalah stesen pendengaran.Kanak-kanak akan diuji dengan alay alat khas distesen ini untuk mengetahui masalah pendengaran mereka..Cikgu Ani pun tak tau macammana alat ini berfungsi...

Dalam ujian yang telah dijalanakan didapati ada 2 orang kanak2 daripada prasekolah Cemerlang yang menghadapi masalah pertuturan....pelat.....si Mimi dan Nor Najmi...Manakala 2 orang kanak2 juga daripada kelas Bestari....Mereka telah diberikan surat untuk ibubapa membawa mereka ke Hospital Bkt Mertajam untuk tindakan susulan....memang teruk masalah pelat mereka nih..cikgu jadi cedu, merah jadi meah..kadang Cikgu Ani pun xfaham apa depa cakap..nak gelak pun ada....5 orang lagi kena pi klinik Tasek Gelugor sebab masalah kulat dalam telinga..eeii..macam-macam...13 orang lagi diberi ubat titik telinga sebab banyak taik telinga..Ooohhh..sebab tu la tak dengaq bila Cikgu Ani dan Cikgu Azizah cakap....Jom layan akelah ajelah gambar yang sempat disnapkan ini.......

Sedang menunggu giliran....
Suasana semasa ujian dijalankan
Mimi yang menghadapi masalah 'pelat'..sukar untuk menyebut huruf 's' dan 'r'
Di stesen pertuturan.....kanak-kanak diminta menyebut gambar yang ditunjukkan...
Si macho Hafiz tenang menunggun gilirannya.....
Distesen pendengaran...
Selamba aje si Huszafika ketika diperiksa pendengarannya...
Yahoo....Kami dah siap.....
Seronoknya dapat hadiah ..besar nya beg nih..apa isinya?????