SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Wednesday, April 20, 2011

AKTIVI DENGAN PASIR

      Sepanjang minggu ini budak2 prasekolah cemerlang sangat seronok melakukan aktiviti dengan pasir....budak2 kan suka main pasir...kalau kat rumah mesti dah kena marah dengan mak ...Jom layan aktiviti yang sempat dirakam oleh Cikgu Ani.....

1)RAMA - RAMA PASIR
    Aktiviti pertama adalah mewarnakan rama-rama dengan pasir warna..Budak2 diberi kebebasan memilih sendiri warna yang disukai mereka...Budak2 begitu bersemangat mewarna rama-rama mereka...Bila siap ja mesti nak bawa balik...
ketua kumpulan sedang mengambil pasir..
Akmal tekun mewarnakan rama-ramanya...
rama-rama yang siap sedang dijemur...
Inilah hasilnya...boleh tahan hasil kerja Hafiz.....
2)HAIWAN YANG TINGGAL DI PASIR
       Aktiviti kedua diambil dari blog Cikgu Eela SKJ11......Mula - mula kanak2 ditayangkan dengan persembahan powerpoint tentang haiwan yang tinggal dipasir..kemudian barulah aktiviti ini dijalankan.Kanak2 akan mewarna dahulu gambar haiwan ini dengan pensel warna @ krayon....pastu  barulah ditaburkan pasir.Jom tengok betapa tekunnya mereka membuat aktiviti ini...
Kumpulan 5 sibuk menabur pasir pada ketam mereka....
Kumpulan 4 dengan gambar unta....
hasil yang telah siap dijemur dulu supaya gamnya kering...
Inilah antara hasilnya haiwan yang tinggal dipasir
3)PASIR HIASAN

Aktiviti ketiga adalah membuat pasir hiasan dalam bekas plastik..he3..sepatutnya dalam botol..Ingatkan nak suruh la budak2 ni bawa botol masing2 supaya ada pelbagai bentuk botolnya nanti.Tapi sebab dah jangka mesti ada yang terlupa bawa nanti dan taklah Cikgu Ani tensen ,so cikgu beli bekas plastik ni untuk semua..senangkan.....Budak2 teruja nak buat pasir hiasan ni ..cikgu pun biarkan sahaja mereka hasilkan ikut kreativiti masing2..Bila dah siap sibuk nak bawa balik tai tapi Cikgu Ani akan bagi bawa balik pada hari Jumaat ni....nak pamer dulu kat pusat kreativiti...Jom layan aktiviti ni pula...
Budak2 lelaki sedang mengambil pasir ..
Ini plak budak2 perempuan...
sabar menunggu giliran nak ambil pasir......
Bangga dengan hasil kreativiti masing2...
tarra......inilah hasilnya pasir hiasan ..

Monday, April 18, 2011

TEMA PASIR

  Minggu ni merupakan tema pasir..puas dok pikiaq nak buat pa ngan tema pasir nih....akhirnya dapat idea nak warnakan pasir dan leh buat macam2 ngan pasir warna ni....lagipun cat pelaka yang beli dulu masih ada...so ajak hubby n anak2 pi pantai ambil pasir pantai satu tong....anak2 bukan main suka sebab leh pi pantai dan main pasir.
    Senang saja nak warnakan pasir nih..bahannya pun tak banyak iaitu pasir pantai,cat pelaka (ikut warna apa yang nak la)dan surat khabar.Mula2 amik pasir dan bahagikan kepada warna yang nak..tuang ja warna tu dan kacau sampai sebati....pastuleh la jemur ..tarra..dah siap..Aktiviti ini kalau buat ngan budak2 prasekolah lagilah seronok tapi sebab Cikgu Ani teruja nak buat.dah tak sabar nak tunggu so Cikgu Ani buat sendirilah kat rumah..lagipun takut kotor baju depa nanti..marah plak emak depa kat cikgu......






Inilah bahannya..pasir dan cat pelaka..
 
tarra..dah siap diwarnakan......
jemur sampai kering...
    
 


Thursday, April 14, 2011

TEMA AIR : Larut vs Tidak Larut / Timbul VS Tenggelam


  Minggu ni adalah tema air..so Cikgu Ani nak ngajar budak2 Pra Cemerlang  tentang larut dan tidak larut dalam air  serta benda yang timbul dan tenggelam dalam air. Budak2 begitu teruja nak lakukan eksperimen nih. Aktiviti dijalankan secara kumpulan .....so jom kita layan gambar2 yang sempat disnap...

                                    LARUT VS TIDAK LARUT DALAM AIR
antara bahan untuk larut vs tak larut...garam,gula,sirap,batu,kayu,pasir dan susu tepung
Zalia tengah mengacau susu tepung dalam air..
Cikgu...batu ni tak jadi apa 2pun...dah puas dah kacau nih..kata hafiz..
Cikgu..daun ni pun sama jugak...kata azizul..
selepas selesai eksperimen..tampal gambar ikut kategorinya pulak..
Kumpulan 2 sibuk menyiapkan hasil kerja mereka
tarra..inilah hasil kerja yang telah siap
     BENDA YANG TIMBUL  VS  TENGGELAM DALAM AIR
I ni pulak tentang eksperimen yang dilakukan pada hari Khamis 14hb April 2011.Kali ini budak2 buat secara individu la plak...Jom layan gambar budak2 semasa menjalankan eksperimen ini....
Bola timbul dalam air.......

Antara objek yang digunakan..bola,sikat,batu,daun,bunga,garpu,paku,pensel dan kunci...
budak2 sibuk menggunting dan menampal gambar pada kertas yang disediakan...
Azzyyari menampal gambar pada kertas...