SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Wednesday, March 30, 2011

PEMERIKSAAN GIGI 2011

   Jururawat Pergigian Tasek Gelugor telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan gigi kepada kanak-kanak Prasekolah SKTG pada 30/3/2011.Budak - budak sekarang memang tak tahu takut dengan jururawat...selamba ja dia orang ngan misi nih....tak ada pulak yang menangis bila tengok misi mai....
Tapi sayangnya demontrasi berus gigi tidak dapat dijalankan kerana hari hujan.."lain kalilah ya  misi mai lagi"...

Jom layan gambar-gambar yang sempat di snap oleh Cikgu Ani.....

Sesi temuramah sebelum ceramah diberikan...
Kita mesti pilih berus gigi yang sesuai dengan kita.....kata Misi
Khusyuk mendengar penerangan daripada misi...

Sunday, March 13, 2011

BUKU SKRAP NOMBOR 1 - 10

    Mengenal nombor 1 hingga 10 sudah selesai..so Cikgu Ani minta budak2 Pra Cemerlang buat buku skrap nombor 1 - 10. Murid-murid diminta menulis nombor dan bilangan nombor tersebut..kemudian menulis perkataan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.Macam biasalah ada beberapa budak yang bermasalah walaupun nak tiru apa yang dah cikgu tulis..."cikgu,saya tak reti"...ayat tang yang sama jugak....."awak ikut apa yang cikgu tulis di papan hitam ni".,kata cikgu Ani....
  Jom tengok gambar yang sempat cikgu  Ani uploadkan..Ada yang lukis gambar hantu kat kulit buku tu bila cikgu kata lukis apa sahaja yang awak suka kat kulit buku tu ...Adam Aqasha...Punyala banyak benda yang boleh dilukis,hantu jugak yang dia berkenan..hishhh....
Tekun menyiapkan buku skrap nombor masing-masing....
Hafiz.....cantik dan kemas buku skrap yang dihasilkannya..
Daniel sibuk melukis kulit buku skrapnya...
Adam Aqasha.....tekun melukis gambar'hantu' pada kulit buku..hish..hish
Inilah hasil gambar kulit pada buku Adam Aqasha.....

Friday, March 4, 2011

BELAJAR MENGGUNTING

               Bila masa nak menggunting gambar atau kertas ,ada beberapa orang budak didapati tidak pandai menggunting.."Cikgu,saya tak pandai gunting"..tulah ayat budak2 ni..Tak boleh jadi ni..asyik2 cikgu ja kena gunting .....so cikgu ani pun cari jalan nak ajar menggunting dengan betul....bukan apa,selesai satu keja cikgu nanti..he..he..

                Cikgu Ani pun bagi sorang sekeping kertas surat khabar dan suruh budak2 ni menggunting kertas ..seronok tengok budak2 ni menggunting..yang tak reti terkial2 tapi akhirnya dapat jugak menggunting kertas tu...Jom layan gambar yang sempat cikgu uploadkan....

betul ka gunting camni cikgu...tanya Aina 


khusyuk betul Daniel menggunting.. 
Najmi 5 tahun ..terkial2 dia menggunting...
tengok..saya gunting tak putus pun..kata Amer
Zalia 5 tahun lebih pandai menggunting daripada kawan2 yang berumur 6 tahun..
pertandingan siapa paling panjang potongan kertas..