SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Friday, December 24, 2010

CARA MEMBUAT DOH

        Lebih baik buat doh sendiri daripada menggunakan plastesin yang mengandungi bahan kimiakan.Lebih seronok kalau buat dengan kanak - kanak prasekolah kita.Mereka akan mendapat bukan ilmu membuat doh tetapi secara tidak langsung juga pembelajaran lain seperti awal sains,awal matematik,komunikasi,sosioemosi dan sebagainya .Mari kita lihat cara - caranya.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung 1 cawan garam
Pewarna makanan 4 sudu makan ‘cream of tartar’
2 cawan air panas
2 atau 3 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:
Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam air panas. Kacau hingga garam itu larut. Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang berisi tepung. Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut. Simpan di dalam bekas bertutup.Doh ini boleh digunakan berulang kali, sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.

seronok nya mereka...

gaul sampai sebati ya....
khusyuk sekali amsyar...
inilah hasilnya......

No comments:

Post a Comment