SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PRASEKOLAH SK TASEK GELUGOR,13300 TASEK GELUGOR,S.PERAI(U),P.PINANG...

Tuesday, November 2, 2010

Gambar Kelas Prasekolah SKTG 2010


       Hari ini 11.10.2010, prasekolah SKTG telah mengabadikan gambar kelas dan perseorangan murid-murid prasekolah.Murid-murid berpakaian jubah konvo dan diambil gambar untuk kenangan berada di prasekolah. Gambar - gambar ini telah diambil oleh Cikgu Khairani.Sungguh 'excited' murid - murid ini..Tiap-tiap hari asyik dok tanya kat cikgu bila nak tangkap gambar. Bila dah tangkap gambar sibuk pulak tanya bila nak dapat gambar.....pening2 .....Disini dipaparkan gambar-gambar semasa sesi teresbut berlangsung...Tengoklah aksi2 mereka...


Mai cikgu bubuh lipstik dulu.....baru la lawa...
Sabar menunggu giliran masing-masing....


Sempat lagi Amsyar menyakat Akmal....

ok...1,2,3...Senyum.....
                                             Inilah hasilnya.......Prasekolah Bestari


                                              Gambar kelas Prasekolah Cemerlang

Monday, November 1, 2010

Hari Konvokesyen Graduasi Prasekolah SKTG 2010

             Pada hari Sabtu(30.10.2010) telah diadakan majlis Konvokesyen Graduasi Prasekolah SKTG 2010 .Majlis telah bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi.Turut hadir pada majlis tersebut adalah Guru Besar SKTG, Tn Hj Ahmad Baker Bin Othman , YDP PIBG ,Encik Zamri , PK HEM , Pn Che Mah ,PK Petang, Pn Hjh Fauziah Omar , ibubapa dan kanak - kanak prasekolah.Kanak-kanak prasekolah begitu teruja sekali dan tidak sabar - sabar menerima sijil dan cenderamata.

             Antara persembahan yang turut diadakan adalah persembahan nyanyian,membaca buku cerita , bercerita bahasa inggeris ,pantun dan muzik dan gerakan.Persembahn video"Aktiviti sepanjang tahun 2010"turut diadakan sebagai acara selingan sementara menanti kanak - kanak bersiap memakai jubah masing-masing.


              Saya ingin merakam penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Hj Ahmad Baker ,Encik Zamri , Barisan PK ,AJK yang terlibat serta ibubapa yang sudi hadir pada majlis ini.Lihatlah beberapa aksi yang sempat dirakan oleh lensa kamera Cikgu Ani.....
AJK Backdrop & Pentas sedang menyiapkan pentas..
Ustaz Jalaluddin sedang membaca doa.

Guru Besar sedang memberi ucapan

Persembahan nyanyian oleh Prasekolah Cemerlang

Tarian chicken dance
Antara waris yang hadir
Mohd Amar Zuhdy sedang membaca buku cerita bertajuk"Rapunzel"
Bercerita dalam bahasa inggeris oleh Mohd Ezwan


Berpantun oleh Nur Alia Batryisia


 YDP PIBG sedang menyampaikan sijil dan cenderahati kepada Amsyar


 Beratur menunggu giliran naik ke pentas.